My Add

Friday 6 January 2012

Himpunan 901: Pakatan tetap sasar 100 ribu

PETALING JAYA 6 Dis : Pakatan Rakyat tetap mensasarkan kehadiran 100 ribu penyokong pada hari keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, 9 Januari ini, bagi menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Pembangkang itu. 
AZMIN menunjukkan lokasi himpunan 901. 

 Menurut Keadilandaily, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Pakatan juga bersetuju untuk menyusun gerakan bagi memastikan jumlah kehadiran itu dapat dicapai. 

Beliau turut memberikan jaminan kepada pihak berkuasa bahawa perhimpunan yang akan diadakan di perkarangan luar komplekas Mahkamah Jalan Duta itu, akan berlangsung dengan aman. 

“Polis benarkan untuk berhimpun, ini merupakan kejayaan awal Pakatan dan saya yakin dengan pengalaman kita hampir 12 tahun mengendalikan perhimpunan, ia akan berjalan dengan lancar dan aman,” kata Azmin. 

Katanya lagi, Pakatan juga telah membentuk pasukan khas atau ‘mashal force’ seramai 500 anggota, bagi mengawal keadaan dan memastikan himpunan itu berjalan lancar. 

Menurutnya, himpunan itu bermula jam 7 pagi dan orang ramai juga dinasihati datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sementra itu, Harakahdaily melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata: "Saya akan hadir, dan untuk ahli Pas pula, terserah masing-masing,". Demikian juga Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Pas Selangor. 






No comments:

Post a Comment