My Add

Monday 9 January 2012

Integriti sampel DNA tak boleh 100% dipastikan tak diusik

KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 Januari, 2012: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, selepas meneliti keterangan, mahkamah tidak boleh 100 peratus memastikan bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diusik.

Sehubungan itu, dalam keputusannya hari ini, hakim menyatakan, adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA semata-mata.

"Di peringkat kes pembelaan dalam kesalahan seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan SP1 (Mohd Saiful).

"Dengan itu, tertuduh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dilepas dan dibebaskan," kata hakim.

Mahkamah hari ini mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau hampir empat tahun lalu. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment