My Add

Saturday 7 January 2012

Usah mudah terpedaya, elak jadi mangsa manipulasi - PBPM

KUALA LUMPUR, SABTU, 07 Januari, 2012: Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan pelbagai helah dan hasutan untuk menyertai perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 agar mereka tidak menjadi mangsa manipulasi pihak tertentu.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri berkata, dalang di sebalik penganjuran perhimpunan itu cuba mengumpan rakyat untuk menjayakan agenda jahat serta cubaan menghancurkan kredibiliti kehakiman negara.

"Pihak berkepentingan tersebut dilihat cuba memanipulasi pemikiran rakyat dan menunjukkan kuasa pemutus terletak pada tangan rakyat.

"Utamakan keselamatan diri terlebih dahulu, keselamatan keluarga, cintailah tanah air serta hormati sistem undang-undang yang diwujudkan bagi mengekalkan keamanan negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PBPM di sini semalam.

Turut hadir, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani dan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom.

Menurut Shafie, orang ramai perlu menilai semula kesan dengan menyertai perhimpunan tersebut kerja jika wujud unsur subversif atau sabotaj, kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran, rusuhan, letupan dan amuk mungkin menyebabkan kerosakan, kematian atau kecederaan.

"Pihak polis sudah memberi nasihat dan menyatakan kesediaan berunding bagaimanapun jika ia gagal dipatuhi, pihak polis sewajarnya mengambil tindakan tegas untuk menentukan keamanan dan keselamatan dapat dikekalkan," katanya.

Dalam pada itu, Shafie memaklumkan Borang Bantuan Sumbangan Khas Bekas Polis Zaman Darurat sudah mula diedarkan di seluruh negara.

"Seramai 62,000 bekas polis yang layak menerima tuntutan sebanyak RM3,000 seorang boleh mendapatkan borang tersebut di semua pejabat persatuan bekas polis di negeri masing-masing.

"Saya ingin menasihatkan mereka yang layak supaya tidak melalui orang tengah kerana dikhuatiri ada pihak yang cuba memperdaya mangsa," katanya.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi ibu pejabat PBPM di talian 03-40457877 atau layari laman rasmi www.bekaspolis.com. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment