My Add

Sunday 15 January 2012

Jangan percaya hasutan pembangkang senarai FGVH

PEKAN, AHAD, 15 Januari, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta peneroka Felda supaya jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan merugikan para peneroka tanah rancangan itu.

Perdana Menteri berkata, para peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka.

"Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tetapi memberi keuntungan besar kepada penduduk Felda.

"Itu semua hasutan dan mainan politik... mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan masyarakat Felda," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di Felda Chini Timur di sini hari ini.

Najib berkata, sebaliknya penyenaraian FGVH merupakan satu lagi bukti bahawa kerajaan sentiasa membela kebajikan peneroka Felda selain pemberian pelbagai bonus dan insentif lain seperti duit raya, pinjaman membesarkan rumah dan sebagainya.

Beliau mengulangi jaminan bahawa semua peneroka Felda di seluruh negara bakal menikmati durian runtuh selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pada pertengahan tahun ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment