My Add

Sunday 15 January 2012

Jangan terpengaruh dakyah pembangkang

PADANG BESAR, AHAD, 15 Januari, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Perlis supaya jangan sesekali terpengaruh dengan dakyah pembangkang sehingga mengetepikan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) membangunkan negara sejak 54 tahun lalu.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, pembangkang cuma inginkan kuasa sedangkan BN telah berjaya membawa negara ke mercu kejayaan.

“Demi masa depan negara, maka rakyat diminta bukan sahaja terus menyokong BN malah juga dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya ketika berucap pada Program Jalinan Mesra Rakyat Parlimen Padang Besar di Dewan Seri Melati, Beseri semalam.

Beliau turut merasmikan Dewan Seri Melati dan menanam pokok mempelam harum manis di pekarangan dewan berkenaan.

Jelas Muhyiddin, pengalaman BN dalam memerintah negara ini tidak perlu dipertikaikan lagi, sebaliknya pembangkang cuba memesongkan pemikiran rakyat dengan memutar-belitkan fakta kononnya kerajaan BN zalim. - MM

No comments:

Post a Comment