My Add

Saturday 21 January 2012

Jaringan Melayu Malaysia serah memorandum bela Saiful

AZWANDDIN Hamzah (tengah) bersama ahli JMM ketika hadir di Jabatan Peguam Negara menyerahkan memorandum meminta keadilan untuk Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, KHAMIS, 21 Januari, 2012: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) semalam menyampaikan memorandum kepada Peguam Negara supaya segera memberi keadilan kepada pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang layak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi sebelum ini membuat keputusan membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak boleh tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba mengetepikan hak perundangan kepada setiap rakyat di negara ini.

"Ini penting bagi menunjukkan badan perundangan itu sebuah badan bebas yang tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum yang meminta keadilan untuk Mohd. Saiful di pejabat Peguam Negara di sini, hari ini.

Seramai 30 ahli pertubuhan itu turut hadir memberikan sokongan ketika penyerahan memorandum itu berlangsung.

Pada 11 Januari lalu, bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim, 58, dalam satu sidang akhbar merayu Peguam Negara segera mengemukakan rayuan.

Azlan turut mengecam keras kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Abdul Gani supaya tidak memfailkan rayuan terhadap kes membabitkan Mohd. Saiful Bukhari.

Menurutnya, JMM berpandangan tindakan Majlis Peguam itu secara jelas mengetepikan hak seorang rakyat Malaysia mendapatkan keadilan.

"JMM berasa khuatir dengan tindak-tanduk itu yang seolah-olah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap kes yang mempunyai kepentingan," katanya.

Beliau menambah, Majlis Peguam kini dilihat lebih cenderung melibatkan diri dalam isu politik. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment