My Add

Friday 20 January 2012

J/K khas pengiklanan pantau iklan kelirukan pengguna

BERA, JUMAAT, 20 Januari, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas pengiklanan yang akan membentuk satu peraturan bagi melindungi pengguna daripada semua bentuk iklan yang mengelirukan.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jawatankuasa itu kini dalam peringkat akhir menyiapkan draf berkaitan peraturan itu membabitkan penyertaan pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan.

"Tujuan peraturan itu dibuat berikutan ramai pengguna didapati keliru dengan tawaran iklan yang dibuat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) peringkat Parlimen Bera di Bera, di sini, hari ini. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment