My Add

Tuesday 17 January 2012

Jumlah panggilan kecemasan palsu masih dalam kawalan - JBPM

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 Januari, 2012: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyifatkan jumlah panggilan kecemasan palsu pada 2011 adalah 'terkawal' dengan hanya 534 panggilan palsu direkodkan berbanding 61,194 panggilan yang diterima.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, jumlah panggilan palsu tahun lepas telah meningkat sedikit berbanding 512 kes pada 2010.

Beliau meminta orang ramai agar menghormati talian kecemasan itu kerana mungkin orang lain amat memerlukan talian '999' untuk membuat panggilan kecemasan.

"Panggilan akan ditapis kakitangan profesional yang terlatih di bawah Perkhidmatan Pengendalian Kecemasan Malaysia," katanya di sini semalam.

Katanya, nombor pemanggil boleh disimpan untuk rujukan pada masa depan.

Berdasarkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang melakukan panggilan kecemasan palsu di talian 999 boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau dipenjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut statistik jabatan itu, Johor merekodkan panggilan palsu tertinggi tahun lepas dengan 101 panggilan diikuti Kuala Lumpur (85) dan Selangor (71). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment