My Add

Tuesday 10 January 2012

Kahwin warga asing: Harus daftar perkahwinan dengan JPN

GEORGETOWN, SELASA, 10 Januari, 2011: Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing harus mendaftarkan status perkahwinan mereka supaya anak mereka mendapat status kewarganegaraan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.

Katanya, menurut statistik perkahwinan yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), lebih daripada 10 peratus perkahwinan berdaftar melibatkan perkahwinan dengan warga asing.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sijil kewarganegaraan kepada seorang pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Jonathan Loo Shon Sheuan, 15, di sini hari ini, beliau berkata, statistik itu menunjukkan setiap 10 perkahwinan berdaftar, terdapat lebih daripada satu pasangan melibatkan warga asing.

"Antara warga negara asing yang banyak berkahwin dengan warga tempatan termasuklah dari Vietnam, Indonesia dan China,” katanya.

Beliau berkata sekiranya perkahwinan itu tidak berdaftar atau anak dilahirkan sebelum pendaftaran perkahwinan, anak yang dilahirkan itu akan mengikut kewarganegaraan ibu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment