My Add

Friday 20 January 2012

Kaunter Jabatan Pendaftaran ditutup hujung minggu ini

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Januari, 2012: Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh negara tidak akan beroperasi pada hujung minggu ini sempena perayaan Tahun Baru Cina. 

Menurut kenyataan akhbar jabatan itu hari ini, kaunter jabatan itu di Kelantan, Terengganu dan Kedah akan ditutup pada Sabtu ini dan beroperasi semula pada Ahad, manakala di negeri-negeri lain akan ditutup pada Sabtu serta Ahad dan hanya beroperasi semula Rabu.
Orang ramai boleh menghubungi pejabat perkhidmatan pelanggan jabatan itu di talian 03-88807077/7071/7067/7069/8206 untuk sebarang pertanyaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment