My Add

Friday 13 January 2012

Kayveas nafi nama tidak disenarai

KUALA LUMPUR, JUMAAY, 13 Januari, 2012: Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas menafikan laporan kononnya nama beliau tidak disenaraikan sebagai calon parti untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Katanya, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut dan tidak tahu menahu mengenainya.

“Saya tidak pernah membuat kenyataan mengenai perkara itu. Saya tidak pasti daripada mana mereka mendapat cerita dan bagaimana laporan tersebut boleh ditulis kerana saya tidak tahu menahu mengenai senarai tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Semalam, Bernama melaporkan Kayveas sebagai berkata, beliau berkemungkinan besar tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana namanya tidak ada dalam senarai calon berpotensi untuk mewakili parti yang telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun menurut Bernama, Kayveas menyerahkan kepada Najib untuk menentukan sama ada beliau patut menjadi calon mewakili PPP atau tidak pada PRU-13 nanti.

Ditanya sama ada tindakan susulan yang akan diambi, katanya, beliau akan berbincang dengan peguamnya hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment