My Add

Sunday 15 January 2012

KDN mohon maaf

PUTRAJAYA, AHAD, 15 Januari, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pelanggan akibat gangguan sistem di lapan Cawangan Pusat Setempat (OSC) Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) yang berlaku sejak 12 Januari lalu.

Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Mahmood Adam berkata, gangguan tersebut antaranya dikenal pasti berpunca daripada kesesakan maklumat yang dimuat naik dalam kapasiti melebihi jangkaan.

"Mewakili kerajaan dan semua vendor berkaitan, KDN mohon maaf atas kesulitan itu.

"Gangguan terhadap sistem berlaku susulan tarikh akhir proses pemutihan yang dijadualkan 10 Januari lalu disambung secara pentadbiran untuk majikan menguruskan pekerja atau pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berdaftar antara 1 hingga 31 Ogos 2011," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, segala usaha membaik pulih gangguan sedang digerakkan secara maksimum dan keadaan dijamin akan kembali normal dalam masa terdekat ini.

Sehubungan itu katanya, segala kesulitan yang dialami pelanggan amat dikesali dan langkah keselamatan juga sedang diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang. - MM


No comments:

Post a Comment