My Add

Monday 23 January 2012

Kekalkan sikap bertoleransi

KUCHING, ISNIN, 23 Januari, 2012: Rakyat berbilang kaum di negeri ini perlu terus mengekalkan amalan bertoleransi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain, kata Pemangku Yang di-Pertua Negeri Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nasar.

Beliau berkata, amalan itu merupakan intipati dalam kehidupan sesebuah masyarakat majmuk yang berbilang etnik, budaya dan kepercayaan.

"Dalam masyarakat yang mempunyai kepelbagaian latar belakang seperti di Malaysia, setiap individu harus ada sikap berlapang dada untuk mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum yang telah lama subur," katanya pada perutusan sempena sambutan Tahun Baru Cina hari ini..

Beliau berkata, ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak muda untuk mengeratkan hubungan antara kaum dengan mengunjungi rumah kawan-kawan mereka yang meraikan perayaan Tahun Baru Cina.

Menurutnya konsep rumah terbuka merupakan amalan zaman berzaman yang masih relevan dan berkesan untuk mengeratkan hubungan persahabatan serta jalinan silaturrahim di antara kaum.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam perutusannya pula berkata, tahun 2012 merupakan tahun yang penting dalam memastikan program transformasi kerajaan dapat diteruskan untuk memajukan lagi negeri ini sejajar dengan kekayaan sumber tenaga yang sedia ada.

Beliau berkata, berdasarkan pada Belanjawan 2012 sebanyak 70 peratus daripada peruntukan yang disediakan adalah untuk pembangunan manakala 30 peratus lagi bagi pengurusan.

"Kita juga berharap pihak swasta turut memainkan peranan dalam meluaskan lagi pelaburan mereka di negeri ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment