My Add

Friday 20 January 2012

Kekuatan Melayu berasaskan pemikiran rasional - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Januari, 2012: Pengaruh pemikiran rasional yang disumbangkan oleh Islam kepada bangsa Melayu telah menjadikan Melayu sebagai bangsa yang maju, moden dan “accommodative” (bertolak ansur), kata Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, melalui pendekatan yang rasional, para pemimpin terdahulu telah berjaya mendapatkan kemerdekaan untuk negara dan mewujudkan kerjasama politik pelbagai kaum untuk mentadbir negara ini secara bersama.

"Melalui pendekatan yang rasional juga, kita berjaya mengharungi beberapa episod hitam dalam sejarah hubungan kaum di negara kita dan kemudiannya sama-sama bangkit untuk membina kekuatan sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan bersatu padu,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Asal Usul Melayu -Induknya Di Alam Melayu di sini hari ini. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment