My Add

Monday 9 January 2012

Kemenangan Anwar kejayaan besar pembangkang – Azmin Ali

KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 Jan. 2012: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menyifatkan kemenangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu kejayaan besar buat pembangkang.

Katanya, kemenangan Anwar juga merupakan satu permulaan baik bagi pembangkang dalam memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

''Sememangnya kita telah meyakini keputusan mahkamah ini dari hari pertama lagi dan pembangkang memerlukan Anwar sebagai pemimpin yang akan membawa reformasi kepada negara,'' katanya. 

Guan Eng berharap tiada lagi konspirasi terhadap Anwar
 
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berharap tidak akan ada konspirasi ketiga terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.

Sambil menyifatkan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat sebagai keadilan yang terbukti, Guan Eng juga mendesak barisan pendakwa raya memberi penjelasan kepada rakyat mengapa mereka sanggup mengheret Anwar dalam kes tersebut. – UTUSAN




No comments:

Post a Comment