My Add

Sunday 15 January 2012

Kenyataan Hadi Awang berbaur jenaka politik

AHAD, 15 Januari, 2012
Kenyataan Datuk Abdul Hadi Awang bahawa Pas, DAP dan PKR tidak pernah diperalat, diperkuda dan diperbodohkan antara satu sama lain diragui realiti dan kebenarannya.

Sekali imbas hujah Presisen Pas itu boleh diterima, tetapi melihat kemelut kebelakangan ini nyata kenyataan Ahli Parlimen Marang itu berbaur jenaka politik sahaja.

Sebaliknya bukan UMNO sahaja yang mengatakan Pas diperalat atau diperkuda oleh DAP, malah kebanyakan rakyat biasa pun 'terasa' demikian.

Oleh itu usahlah benang yang basah ditegakkan semula.  

Diharap akan berjaya usaha ketiga-tiga parti yang disifatkan oleh Hadi sebagai 'kuda-kuda perjuangan' untuk merubah landskap politik tanah air. 

Jika dipanjangkan umur, saya ingin melihat kuda-kuda perjuangan tersebut  berupaya 'mengikis' politik kotor yang didkwa Hadi diamalkan oleh UMNO selama ini, dibersihkan  apabila Pakatan Rakyat berjaya melangkah ke Putrajaya 

"Kita adalah kuda-kuda perjuangan dan kita tidak sekali-kali boleh diperbodohkan oleh sesiapa, insya Allah,", demikian ikrar Hadi 

Tetapi, sejauhmanakah 'kebal' kerjasama erat antara Pas, DAP dan PKR yang dikatakan amat mencemaskan UMNO itu.

Kini, purata rakyat tahu realiti yang sebenarnya dan tidak lagi mudah diperbodohkan oleh sesiapa.

Sebaliknya rakyat mampu berfikir dengan akal fikiran masaing-masing untuk menentukan sama ada mahu terus kekal bersama BN atau bertukar selera kepada kepada 'hidanga' Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 nanti.

No comments:

Post a Comment