My Add

Tuesday 10 January 2012

Keputusan Anwar cermin kebebasan badan kehakiman

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 Januari, 2012: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) berkata, keputusan mahkamah membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat mencerminkan dengan baik kebebasan badan kehakiman Malaysia.

"Kami sambut baik penyelesaian kes yang telah berjalan lama, yang kami ikuti dari dekat,” kata kenyataan dari pejabat jurucakap jabatan itu, yang dikeluarkan menerusi kedutaan AS di sini hari ini.

Ia menyatakan keputusan itu memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menumpukan perhatian kepada masa depan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membebas dan melepaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment