My Add

Wednesday 11 January 2012

Keputusan mahkamah tidak beri BN tekanan

Persiapan PRU-13 berdasar pengalaman: Muhyiddin 

Oleh Magendran Rajagopal 

PUTRAJAYA, RABU, 11 Januari, 2012: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya tidak memberi sebarang tekanan kepada persiapan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Malah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat keputusan itu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap BN kerana mereka tahu sistem kehakiman negara bebas daripada sebarang campur tangan politik.
Selain itu, katanya, BN juga bergantung kepada pengalamannya menghadapi pilihan raya umum sebanyak 12 kali sebelum ini. 

“Siapa yang beri tekanan? Persiapan menghadapi pilihan raya umum ini bukan kerana tekanan. Kita buat kerja seperti biasa, lalui proses pemilihan seperti biasa. Kita dah 12 kali pengalaman (hadapi pilihan raya), tak tertekan pun,” kata Menteri Pelajaran pada sidang media selepas menyampaikan perutusan khas kepada warga Kementerian Pelajaran di sini, semalam. 

Beliau diminta mengulas keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

“Kita hormati keputusan mahkamah dan kita mahu bukan saja di Malaysia, sebaliknya negara luar turut menyaksikan perjalanan sistem kehakiman kita yang bebas dalam amalan demokrasi yang jelas memisahkan antara eksekutif, legislatif dan kehakiman serta mengiktiraf kebebasan masing-masing. 

“Saya harap isu ini tidak dipesongkan oleh pembangkang atau mana-mana pihak yang masih cuba menyalahkan kerajaan kononnya tidak ada keadilan di Malaysia. Ini sudah pun dapat dilihat dengan jelas apa yang berlaku di mahkamah semalam (kelmarin). 

“Rakyat dan masyarakat antarabangsa kini tahu mengenai kegigihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan transformasi dalam kerajaan,” katanya. 

Beliau juga berkata, persiapan dilakukan BN bukan berdasarkan kepada mana-mana keputusan mahkamah, sebaliknya menggunakan strategi dan pengalaman sendiri. - BERITA HARIAN 

No comments:

Post a Comment