My Add

Tuesday 10 January 2012

Kerajaan tidak persoal keputusan mahkamah bebas Anwar

PUTRAJAYA, SELASA, 10 Januari, 2012: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat jelas membuktikan bahawa institusi kehakiman di negara ini bebas dan tidak dikuasai pemerintah.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keputusan tersebut juga adalah hak mahkamah yang sama sekali tidak akan dipersoalkan kerajaan.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan, sememangnya tidak pernah ada campur tangan kerajaan dalam apa juga keputusan mahkamah dan kes Anwar bukti kebebasan badan kehakiman di negara ini.

''Kita tidak akan mempersoalkannya dan terserahlah kepada Peguam Negara untuk merayu atau tidak berhubung keputusan tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baru 2012 di sini, semalam.

Turut hadir timbalan-timbalan menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Datuk Hasan Malek.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berharap dengan keputusan tersebut, pihak pemerintah tidak lagi dituduh menyalahgunakan institusi kehakiman, polis dan lain-lain.

''Jangan pula bila ia berpihak kepada kita, baru nak pakai tetapi bila ia tidak, kita tidak pakai pula dan kita katakan bahawa sistem kehakiman tidak betul dan dimanipulasi oleh pihak pemerintah," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment