My Add

Friday 20 January 2012

Kerjasama tingkat penguasaan Bahasa Inggeris pelajar

PUTRAJAYA, KHAMIS, 20 Januari, 2012: Kementerian Pelajaran akan bekerjasama dengan Cambridge Malaysian Education and Development Trust (CMEDT) untuk meningkatkan mutu penguasaan Bahasa Inggeris (BI) di kalangan para pelajar terutamanya dari segi kemahiran bercakap dan menulis.

‘‘Bentuk kerjasama akan diumumkan tidak lama lagi,’’ kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan wakil CMEDT di sini, hari ini.

Menurutnya, CMEDT akan mengkaji kurikulum dan rangka kerja penilaian pengajaran BI sejajar dengan usaha kementerian untuk meningkatkan kepentingan bahasa itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment