My Add

Tuesday 10 January 2012

Kes pegawai SPRM: Lebih 30 dokumen diserah

Oleh NORLIZAH ABAS

SEPANG, SELASA, 10 Januari, 2012: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan sudah melengkapkan sesi penyerahan sejumlah lebih 30 dokumen kepada pembelaan melibatkan bahan bukti yang bakal dikemukakan pada perbicaraan tiga pegawai risik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dokumen-dokumen itu termasuk rakaman video cakera padat (VCD) dan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dikaitkan dengan kejadian rompakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), melibatkan ketiga-tiganya serta seorang ahli perniagaan.

Ahli perniagaan tersebut, T. Sritharan yang merupakan tertuduh utama dalam kes itu, menghadapi tuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap tiga warganegara Singapura melibatkan wang tunai mencecah RM1 juta. Ketiga-tiganya pula didakwa atas dakwaan bersubahat.

Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob kemudian menetapkan 10 Februari ini bagi satu lagi sebutan kes untuk menetapkan tarikh perbicaraan selain memberi ruang kepada pihak pembelaan meneliti dokumen-dokumen berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment