My Add

Thursday 12 January 2012

Kes tukar agama: Saman pemula ke Mahkamah Tinggi

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, KHAMIS. 12 Januari, 2012: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan saman pemula seorang wanita keturunan India, Siti Hasnah Vangarama Abdullah bagi mencabar kesahihan proses penukaran agamanya kepada Islam ketika masih kanak-kanak, dikembalikan ke Mahkamah Tinggi agar meritnya didengar dan diputuskan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus membenarkan rayuan wanita itu dan memerintahkan ketiga-tiga responden membayar kos berjumlah RM10,000.

Mahkamah sebulat suara berpuas hati agar saman pemula itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan kerana terdapat isu yang wajar dihujahkan berhubung proses pengislaman Siti Hasnah, 29, ketika dia berusia tujuh tahun.

Isu pokok yang dibangkitkan adalah sama ada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun mempunyai kapasiti dan tertakluk kepada pihak berkuasa agama untuk menjalani upacara keagamaan termasuk proses penukaran agama.

Wanita tersebut atau nama Hindunya, S. Banggarma merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 4 Ogos 2010 yang membatalkan saman pemulanya selepas membenarkan bantahan awal responden-responden. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment