My Add

Sunday 8 January 2012

Kod bar tidak perlu pada kertas undi - SPR

KUALA LUMPUR, AHAD, 08 Januari, 2012: Kod bar tidak perlu digunakan pada kertas undi bagi menggantikan pengguna nombor siri sedia ada, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata, kerahsiaan undi tetap terjamin dengan penggunaan nombor siri kerana kertas undi hanya dikeluarkan kepada pengundi setelah semakan identiti dibuat.

Wan Ahmad menjelaskan, penggunaan nombor siri bertujuan memastikan jumlah kertas undi dalam peti undi adalah sama dengan yang dikoyak daripada buku kertas undi serta mempunyai nombor siri serupa.

"Penggunaan nombor siri adalah lebih mudah, jika ada pertikaian, kita semak terus dengan buku kertas undi,” katanya kepada Bernama hari ini. Beliau mengulas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood semalam supaya nombor siri pada kertas undi dihapuskan.

Menurut Wan Ahmad, nombor siri pada kertas undi diguna pakai di kebanyakan negara seluruh dunia kerana ia merupakan cara yang cepat dan terbaik bagi mengetahui jumlah yang keluar mengundi. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment