My Add

Monday 9 January 2012

UMNO Beaufort buat laporan polis portal hina Lajim Ukin

KOTA KINABALU, ISNIN, 09 Januari, 2012: UMNO Beaufort hari ini membuat laporan polis terhadap sebuah portal yang didakwa menghina ketua bahagian itu Datuk Seri Lajim Ukin. 

Setiausahanya, Jusih Sarin berkata, UMNO Beaufort kesal dengan tindakan portal itu yang menggunakan perkataan kesat dan lakaran kartun mengejek Lajim, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Kami terkilan dengan cara portal itu menggunakan perkataan seperti Datuk Seri Lajim 'suka melompat' dan 'dianggap sampah' dan ada juga lakaran kartun seperti katak yang menghina beliau," katanya kepada pemberita di sini.

Jusih, yang diiringi kira-kira 20 anggota UMNO Beaufort, membuat laporan polis itu kira-kira jam 3.30 petang bagi meminta polis menyiasat individu yang mungkin menggunakan portal tersebut untuk menganiaya Lajim. 

"Kami rakyat Beaufort membuat laporan polis ini kerana kami tidak mahu Datuk Seri Lajim keseorangan dalam isu ini. 

"Kami masih memerlukan kepimpinan Datuk Seri Lajim kerana beliau seorang yang prihatin dan dekat dengan rakyat," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment