My Add

Monday 23 January 2012

Kotornya PPR Seri Pantai

Sikap segelintir penduduk yang suka mengambil mudah dengan meletakkan sampah di kawasan yang tidak sepatutnya seperti di tepi bangunan adalah antara punca masalah sampah di PPR Seri Pantai, Kuala Lumpur gagal diatasi sepenuhnya.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 Januari, 2012:Bau busuk dan timbunan sampah pasti akan dapat dilihat oleh sesiapa sahaja yang memasuki kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Lembah Pantai di sini.

Tidak cukup dengan itu, sampah termasuk lampin bayi juga dapat dilihat pada bumbung tambahan tingkap rumah yang dipercayai dibuang oleh penduduk di tingkat lebih atas.

Tinjauan Utusan Malaysia ke PPR itu baru-baru ini mendapati pengurusan sisa pepejal di kawasan itu berada pada tahap yang teruk dengan terdapat sekurang-kurangnya enam longgokan sampah di Blok 102.

Pengerusi persatuan penduduk PPR itu, Tusiah Sinos berkata, kekurangan pekerja untuk mengutip serta membersihkan kawasan flat tersebut menjadi punca utama kepada masalah tersebut.

Katanya, ketika ini, hanya seorang sahaja pekerja yang ditugaskan oleh kontraktor untuk membersihkan satu blok di PPR ini yang mempunyai jumlah penduduk lebih 1,000 orang.

“Apabila saya menghubungi kontraktor untuk mengadukan masalah ini, mereka memarahi saya pula tetapi dalam masa yang sama, kita juga kesal kerana ada penduduk yang membuang sampah sesuka hati,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Norizan Mohd. Nasir, 49, berkata, masalah sampah itu sudah berlaku di PPR tersebut sejak beberapa bulan lalu.

“Kami harap agar jumlah pekerja ditambah kerana keadaan yang kotor dan dipenuhi sampah sememangnya tidak elok untuk penduduk,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Jalilah Jaafar, 38, sikap penduduk yang suka membuang sampah merata tempat turut menyumbang kepada masalah kebersihan di situ.

“Ada sesetengah penduduk yang sesuka hatimeninggalkan sampah mereka di tepi lif dan tepi bangunan sahaja. Inilah yang akan menyebabkan kawasan ini menjadi kotor,” katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment