My Add

Friday 6 January 2012

KPWKM sasar 55% wanita dalam tenaga kerja

FARHANA JONI

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 Januai, 2012: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyasarkan peningkatan 55 peratus penglibatan golongan wanita di negara ini dalam tenaga kerja menjelang 2015.

Timbalannya, Senator Heng Seai Kie berkata, jumlah tersebut perlu ditingkatkan kerana setakat ini kira-kira 46.4 peratus sahaja penglibatan golongan tersebut dalam bidang pekerjaan pelbagai bidang.

Sehubungan itu, kerajaan menyokong program The Dream Job For Single Mothers anjuran Nature Environment Product (NEP) Sdn. Bhd. yang mahu membantu meningkatkan pendapatan golongan wanita, khususnya ibu tunggal dan suri rumah.

"Program ini sangat sesuai untuk golongan ibu tunggal dan suri rumah kerana mereka boleh bekerja di rumah tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak.

"Mereka yang mempunyai pekerjaan tetap atau belum berkahwin juga boleh menyertai program ini bagi menambah sumber pendapatan," katanya pada sidang akhbar program The Dream Job For Single Mothers di sini, hari ini.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bertujuan membantu golongan wanita di Malaysia menambah pendapatan isi rumah sehingga RM1,000 sebulan dengan menjadi Penasihat Perkhidmatan Penapis Air Mineral Diamond.

Sementara itu, Pengasas NEP, Michael Lim berkata, program itu juga turut membantu golongan wanita dalam meningkatkan keyakinan diri apabila mereka berhadapan dengan orang ramai, selain boleh beramah mesra dengan jiran tetangga.

"Kami turut menawarkan program ini kepada mereka yang berada di Sabah dan Sarawak selain bonus sehingga 25 peratus sebulan sekiranya mereka berjaya memperoleh ramai pembeli," katanya.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web www.diamondhomespring.com atau hubungi 03-89473333. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment