My Add

Thursday 12 January 2012

KR1M dan Menu Rakyat dapat sambutan di Selangor, Kedah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 Januari, 2012: Selangor merupakan antara negeri yang mencatat jumlah permohonan paling tinggi bagi mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Program Menu Rakyat 1Malaysia (PMR1M), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jumlah itu menunjukkan usaha berkenaan mendapat sambutan rakyat termasuk di dua negeri berkenaan yang diperintah oleh pakatan pembangkang meskipun pembangkang sentiasa mengutuk projek kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu rakyat.

Menurutnya, ketika ini sudah ada 142 pengusaha di Selangor yang menyertai KR1M dan PMR1M manakala di Kedah, sudah ada 120 restoran.

Kerajaan BN bertanggungjawab dalam soal kebajikan rakyat dan tidak memilih-milih sesiapa yang mahu menyertai kedua-dua program ini, katanya kepada pemberita selepas melawat KR1M di Seksyen 4, Wangsa Maju, dan Restoran Tan yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia di sini hari ini.

"Kita serius memikirkan bagaimana yang boleh kita buat untuk menolong rakyat, jadi pembangkang kalau dia jadi pembangkang yang bertanggungjawab, dia patut iktiraf usaha begini. Dia patut bersikap untuk membantu supaya rakyat boleh kurangkan beban, bukan memperlekehkan dan mempertikaikan (produk yang dijual di kedai itu),” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment