My Add

Saturday 21 January 2012

Lada rangkul anugerah pelancongan peringkat antarabangsa

LANGKAWI, SABTU, 21 Januari, 012: Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) menerima anugerah pada majlis Anugerah Antarabangsa Kali ke-37 Industri Pelancongan, Hotel dan Katering (New Millennium Award) yang dianjurkan Kelab Ketua Perdagangan Madrid, Sepanyol Khamis lalu. 

Anugerah itu adalah sebagai penghormtan bagi program penggalakan pelancongan dan pembangunan di pulau peranginan ini bagi 2011.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid Ramli menerima anugerah itu semasa majlis makan malam Gala di Hotel Melia Castilla Madrid, Sepanyol.

"Pengiktirafan ini adalah untuk mengiktiraf aktiviti promosi yang berterusan dan pembangunan pelancongan di Langkawi yang dilaksanakan oleh Lada pada tahun 2011," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata, Lada dipilih berdasarkan pencapaian luar biasa dalam meningkatkan pembangunan sosial dan ekonomi Langkawi terutama dalam pembangunan industri pelancongan. 

Khalid berkata, kerjasama dan sokongan berterusan daripada masyarakat tempatan, pengusaha pelancongan termasuk badan bukan kerajaan membolehkan Lada melaksanakan projek-projek pelancongan dan aktiviti bertaraf antarabangsa dengan jayanya. 

Beliau berkata, Lada akan terus berusaha untuk mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan kelas dunia dengan mengukuhkan penjenamaan dan pemasaran Langkawi. 

"Kita akan pastikan promosi pelancongan Langkawi akan berterusan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Langkawi," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment