My Add

Sunday 8 January 2012

Langkah pembuka jalan untuk generasi muda

BANGI, AHAD, 08 Januari, 2012: Langkah Kementerian Pelajaran memperkenalkan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional merupakan usaha yang bagus kerana ia membuka jalan lebih luas kepada generasi muda.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pelan itu memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengetahuan teknikal terkini yang diperlukan oleh industri sekaligus membolehkan pihak industri mengatasi kekurangan tenaga mahir bagi melonjakkan keupayaan mereka.

Shafie mengulas pelancaran Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran di German Malaysian Institute (GMI) di sini semalam.

''Kita (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) banyak terbabit dengan sekolah vokasional dan Majlis pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional ini bukan sahaja memberi peluang kepada anak kita mendapat pengetahuan teknikal yang diperlukan oleh industri di negara kita, bahkan industri juga dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir untuk membantu melonjakkan keupayaan mereka,'' katanya.

Pelan dengan lima strategi utama, lima inisiatif serta 11 tindakan itu bertujuan meningkatkan nilai pasaran kerja pelajar untuk melonjakkan pendidikan vokasional setaraf dengan negara maju.

Melalui pelan itu, pendidikan vokasional tidak lagi dianggap kelas kedua, sebaliknya ia menuju ke arah konsep pendidikan untuk semua dengan berasaskan program bercorak pekerjaan seperti dilaksanakan di negara maju. - MM

No comments:

Post a Comment