My Add

Thursday 12 January 2012

Laporan penambahbaikan pilihan raya siap Mac ini

JOHOR BAHARU, KHAMIS, 12 Januari, 2012: Laporan lengkap Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dijangka dapat disiapkan Mac ini untuk dibentangkan di Parlimen.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, jawatankuasa itu berpuas hati dengan cadangan yang dikemukakan pelbagai pihak melalui sesi pendengaran awam di seluruh negara yang bermula November lepas termasuk yang berlangsung di sini hari ini.

"Hari ini dan esok merupakan sesi pendengaran keenam yang merupakan kali terakhir melainkan ada permintaan untuk diadakan di ibu negara yang akan dipertimbangkan.

"Setakat ini kami berpuas hati terhadap input yang dikemukakan, dengan 60 peratus daripadanya sudahpun dipertimbangkan untuk diguna pakai,” katanya kepada pemberita pada pendengaran awam itu yang diadakan di Bangunan Sultan Ibrahim di sini.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, lima wakil pertubuhan dan seorang individu menyampaikan cadangan mereka kepada jawatankuasa berkenaan pada sesi pendengaran hari ini. — BERNAMA


No comments:

Post a Comment