My Add

Sunday 22 January 2012

Larangan pakaian renang muslimah patut diketahui awal - Dr. Ahmad Yunus

SHAH ALAM, AHAD, 22 Januari, 2012: Larangan atlet renang memakai pakaian muslimah dalam pertandingan renang Sukan Selangor (Sukses) sepatutnya telah diketahui oleh semua pegawai dan atlet terlibat kerana ia juga syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi menegaskan, semua pengurus persatuan renang telah dipanggil dan diberi taklimat berhubung peraturan dan syarat pertandingan sebelum kejohanan bermula.

"Semua sudah mengetahui pada peringkat awal lagi tentang larangan itu tetapi mereka tetap mahu terlibat," katanya kepada pemberita pada majlis penutup Sukses Ke-9 di sini malam semalam..

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pengendali sebuah sekolah tahfiz yang kesal dengan tindakan Persatuan Renang Amatur Selangor tidak membenarkan 10 peserta termasuk empat pelajarnya menyertai hari terakhir pertandingan renang Sukses atas alasan pakaian mereka tidak mematuhi syarat ditetapkan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang berkata, bagaimanapun, bagi mengelak berlakunya birokrasi, kerajaan negeri akan memberi peluang dengan membenarkan mereka menyertai kejohanan renang dan memisahkan pertandingan lelaki dan wanita pada masa hadapan.

"Kita boleh mengadakan kejohanan tetapi apabila kita memikirkan soal pakaian dan sebagainya, antara yang mungkin boleh diperbaiki di peringkat akan datang adalah kita pisahkan lelaki dan wanita," ujarnya. - MM

No comments:

Post a Comment