My Add

Thursday 19 January 2012

Lebih 1,000 penguat kuasa KPDNKK pantau harga barang

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 Januari, 2012: Seramai 1,300 pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memantau harga barangan terkawal di seluruh negara sempena perayaan Tahun Baru Cina, kata Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau berkata, pemantauan akan dilakukan di 146 kawasan dan daerah, 89 di Semenanjung, 24 (Sabah), 32 (Sarawak) dan satu (Labuan).

"Hari ini saya juga terlibat secara langsung melakukan pemantauan harga, selain pengarah dan penguat kuasa KPDNKK sendiri. Saya amat berpuas hati dengan peniaga di sini.

"Hasil tinjauan hari ini saya dapati peniaga mematuhi arahan yang telah ditetapkan kementerian, dan saya ingin menasihatkan agar peniaga tidak meletakkan harga sewenang-wenangnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Sentul di sini hari ini. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment