My Add

Wednesday 11 January 2012

Libya terima AS$20b aset luar negara Gaddafi

TRIPOLI, RABU, 11 Januari, 2012: Libya semalam menerima kira-kira AS$20 bilion (RM62.7 bilion) aset luar negara milik bekas Presiden, Muammar Gaddafi.

Menurut Menteri Luar Libya, Ashur bin Khayyal, Gaddafi dianggarkan memiliki aset luar negara bernilai AS$150 bilion (RM470 bilion).

Aset tersebut telah dibekukan berikutan sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas rejim Gaddafi semasa kebangkitan rakyat dan perang saudara pada 2011.

Bekas pemimpin Libya itu maut di tangan rakyatnya yang memberontak ketika cuba lari dari negara ini semasa pemberontakan yang berlanjutan selama sembilan bulan itu.

Menurut Ashur, sebahagian besar daripada aset yang diserahkan kepada kerajaan baru Libya itu datang dari Amerika Syarikat, Perancis dan negara-negara Eropah yang lain. - AFP

No comments:

Post a Comment