My Add

Saturday 21 January 2012

5 bekas ahli SPDP tubuh kelab BN, berkhidmat pada rakyat

BAU, SABTU, 21 Januari, 2012: Lima bekas anggota Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang disingkirkan daripada parti itu baru-baru ini menubuhkan Kelab Barisan Nasional (BN) untuk membolehkan mereka terus berkhidmat kepada rakyat dan kerajaan hari ini. 

Lima anggota berkenaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru selaku Menteri Muda Pembangunan Prindustrian Datuk Peter Nansian Ngusie, ADUN Marudi Datuk Sylvester Entri Muran yang juga Menteri Muda Bekalan Air dan Pertanian, Anggota Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe, ADUN Bekenu Rosey Yunus dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

Nansian dalam ucapannya berkata, penubuhan kelab itu adalah bukti mereka masih lagi menyokong BN serta pucuk pimpinan dalam BN peringkat negeri dan pusat.

"Kami dipilih atas nama BN dan untuk meneruskan khidmat kepada rakyat, kami kini dalam Kelab BN dan kenyataan menyatakan apabila kami tidak (berada) dalam SPDP dan tidak lagi dalam BN itu adalah tidak benar," katanya ketika berucap di hadapan 1,000 penyokong di Dewan Suarah Bau di sini hari ini. Empat lagi anggota yang lain turut hadir pada majlis itu. 

eliau berkata, mereka berlima mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama parti itu sejak 6 Januari lalu atas faktor tidak lagi percaya kepada kepimpinan dan prinsip parti terbabit sebelum keahlian mereka ditamatkan pada 15 Januari.

Katanya, walaupun berusaha untuk menyelesaikan krisis kepimpinan dalam parti itu dalam temp
oh dua tahun namun segalanya seperti tidak menjadi dan tiada penyelesaian. 
"Kami bukan anggota biasa dalam parti, kami mewakili anggota lain di peringkat bawahan termasuk telah dipilih mewakili BN pada pilihan raya negeri dan umum yang lalu tapi kenapa kami "dipecat" seperti ahli biasa sahaja?" katanya. 

Pada 15 Januari lalu, Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom mengumumkan empat anggota parti itu ditamatkan keahlian mereka manakala Sylvester yang memegang jawatan Naib Presiden SPDP dipecat pada 28 November tahun lalu. 

Hari ini, Nansian dan Tiki menurunkan papan tanda SPDP di pejabat khidmat rakyat masing-masing dan menggantinya dengan nama Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional yang tertera logo dacing dan logo 1Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment