My Add

Sunday 8 January 2012

Mahasiswa diingat elak sertai 901

JOHOR BAHRU, SABTU, 08 Januari, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi menasihatkan mahasiswa agar bertindak secara bijaksana dengan tidak terlibat dalam perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 yang diadakan di Kompleks Mahkamah Tinggi, di Jalan Duta, pada Isnin ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, walaupun perhimpunan tersebut mendapat permit daripada polis, namun sebagai mahasiswa banyak lagi perkara berfaedah boleh dilakukan seperti memberi tumpuan kepada peperiksaan yang sedang berlangsung.

“Buatlah keputusan bijaksana, janganlah libatkan diri kerana banyak lagi perkara berfaedah boleh dilakukan seperti memberi tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Baucer Buku 1Malaysia dan Majlis penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Permuafakatan Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, dekat sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang turut menasihatkan golongan itu agar tidak diperalatkan pihak tertentu termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menggelar diri sebagai mahasiswa tetapi hakikatnya ada sebahagian daripada mereka telah dibuang universiti kerana pencapaian akademik tidak memuaskan. - MM

No comments:

Post a Comment