My Add

Tuesday 17 January 2012

Mahasiswa jangan mudah terpengaruh anasir luar

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 Januari, 2012: Golongan mahasiswa diminta memberi fokus terhadap pelajaran dan jangan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar sehingga menjejaskan kecemerlangan akademik mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, dalam menempuhi kehidupan semakin mencabar, kecemerlangan akademik merupakan aset penting bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang semakin sukar.

"Saban tahun ratusan ribu mahasiswa dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi, jadi seharusnya mahasiswa bersiap sedia untuk bersaing mendapatkan kerja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada 100 asnaf yang terdiri daripada golongan miskin, mualaf dan pelajar.

Terdahulu, Ahmad merasmikan majlis penyampaian zakat oleh Miyazu (M) Sdn. Bhd. dan Forum Menjana Transformasi Ummah yang dianjurkan bersama oleh Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (Karisma), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment