My Add

Tuesday 17 January 2012

MAIS baru tubuh jawatankuasa tetap tangani isu murtad

SHAH ALAM. SELAS, 17 Januari, 2012: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menubuhkan sebuah jawatankuasa tetap dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan bagi memantau serta menangani isu murtad dan ajaran sesat di negeri ini.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, jawatankuasa berkenaan akan menerima serta memantau aduan berhubung usaha memurtadkan umat Islam dan ajaran sesat di negeri ini termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya.

"Dalam mesyuarat MAIS hari ini kita telah putuskan untuk tubuhkan jawatankuasa tetap berkenaan untuk menyelia segala aduan berkaitan kes murtad dan ajaran sesat yang boleh memesong akidah umat Islam di Selangor.

"Jawatankuasa ini diletakkan di bawah MAIS dan akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” katanya selepas mengumumkan prestasi kutipan dan agihan zakat di Selangor bagi tahun 2011 di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment