My Add

Wednesday 18 January 2012

Malaysia berunding dengan pembuat kereta elektrik, hibrid

KUALA LUMPUR, RABU, 18 Januari, 2012: Kerajaan Malaysia sedang berunding dengan pembuat kereta luar negara untuk menarik mereka membuka kilang pemasangan dan pusat pengedaran kenderaan elektrik dan hibrid di sini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, ini adalah sejajar dengan cita-cita kerajaan untuk menjadikan Malaysia hab kenderaan elektrik dan hibrid di rantau ini.

"Perbincangan itu kini berada pada beberapa peringkat dan kita akan tunggu syarikat-syarikat berkenaan membuat pengumuman; sesetengah syarikat memang serius manakala sesetengahnya mahu memikirkan tentang idea itu.

"Pembuat kereta itu dari banyak negara, tetapi saya tidak boleh beritahu perinciannya buat masa ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran acara ”BMW Vision Efficient Dynamics Showcase” di sini hari ini.

Mukhriz berkata, timbul beberapa isu dalam rundingan-rundingan itu, seperti sama ada pasaran Malaysia cukup besar bagi syarikat-syarikat itu memulakan operasi di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment