My Add

Saturday 21 January 2012

Malaysia tawar pakej terbaik

KUALA LUMPUR, SABTU, 21 Januari, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia menawarkan pakej kehidupan terbaik kepada seluruh lapisan masyarakat menerusi pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan kerajaan selama ini.

Perdana Menteri berkata, keberkesanan pentadbiran kerajaan dan ‘pakej’ kesejahteraan itu jelas terbukti melalui taraf kehidupan dan kemudahan yang mampu dikecapi oleh rakyat.

Katanya, walaupun dunia luar terutama negara maju mampu menyediakan kemudahan berbeza tetapi Malaysia tetap mempunyai kelebihan tertentu jika dilihat daripada segenap aspek termasuk komposisi rakyat tempatan.

“Dari segi harga minyak, sewa rumah ataupun kos rumah dan segala keadaan, jauh lebih baik di Malaysia sebagai satu pakej,” katanya ketika ditemui pemberita sempena lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi Lembah Pantai di sini semalam.

Pada lawatan itu, Najib yang disertai isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin turut minum petang bersama masyarakat tempatan serta menyampaikan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Beliau turut melancarkan pembinaan Perpustakaan 1Malaysia Lembah Pantai untuk kemudahan penduduk di situ. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment