My Add

Saturday 14 January 2012

Mangsa pemerdagangan orang dibenar bekerja di Malaysia

KUALA LUMPUR, SABTU, 14 Januari, 2012: Mangsa pemerdagangan orang dalam kes eksploitasi buruh yang berada di rumah perlindungan di Malaysia, kini dibenar bekerja selepas dibebaskan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, bagaimanapun, beberapa syarat tertentu akan dikenakan seperti mangsa perlu memperoleh kebenaran daripada kedutaan masing-masing, pengesahan bahawa keselamatan mereka tidak terjamin jika kembali ke negara asal, dan mereka memasuki negara ini secara sah.

"Keputusan dasar utama ini dengan jelas mencerminkan komitmen Malaysia dan progres berterusan ke arah perlindungan mangsa yang lebih baik di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam sempena Bengkel Proses Bali Mengenai Perlindungan Terhadap Mangsa Pemerdagangan Orang yang berakhir di sini.

Berdasarkan prosedur semasa, sebaik dibebaskan dari rumah perlindungan, mangsa akan dikembalikan ke negara asalnya.

Hishammuddin berkata, Malaysia akan mengkaji kemungkinan mangsa dalam kes pemerdagangan orang dibenar bekerja ketika ditempatkan di bawah Perintah Perlindungan.

Ketika ini, mereka melakukan kerja sementara di rumah perlindungan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment