My Add

Wednesday 18 January 2012

Matrade kecewa syarikat Malaysia tak sertai pameran





FRANKFURT, RABU, 18 Januari, 2012: Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) kecewa dengan sikap banyak syarikat Malaysia yang “terlepas banyak peluang besar” kerana tidak mempamerkan produk masing-masing di pameran-pameran perdagangan antarabangsa.

Pesuruhjaya Perdagangan Kanan Matrade yang berpangkalan di sini, Sabri Abdul Rahman berkata, kehadiran di pameran-pameran sedemikian merupakan peluang mereka untuk menembusi pasaran dunia.

Satu contoh yang jelas ialah syarikat Malaysia terlepas peluang besar kerana tidak menyertai HeimTextil Fair of Frankfurt, yang baru berakhir yang merupakan pameran perdagangan terbesar di dunia bagi industri tekstil, katanya.

“Di sinilah (Frankfurt) pembeli dari seluruh dunia, yang bukan dari Jerman semata-mata, datang untuk membeli dari seluruh dunia.

"Syarikat-syarikat Asia telah berebut-rebut datang ke sini untuk bertemu pembeli antarabangsa,” katanya kepada Bernama mengenai pameran Heimtextil, yang menyaksikan kehadiran ramai pempamer dari negara-negara Asia.

Sabri secara khususnya melahirkan rasa prihatinnya kerana syarikat Malaysia tidak mengukuhkan usaha pemasaran masing-masing dengan mengambil mengambil di pameran khusus berikutan pertumbuhan eksport yang kukuh yang dicatatkan oleh industri tekstil dan pakaian Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment