My Add

Friday 20 January 2012

MBAM rayu tarik balik pembekuan pekerja asing pembinaan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Januari, 2012: Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) merayu Kementerian Dalam Negeri supaya menarik balik penggantungan sementara ke atas permohonan kuota pekerja asing memandangkan industri pembinaan ketika ini berdepan kekurangan tenaga kerja.

Presidennya, Kwan Foh Kwai berkata, kontraktor yang memperoleh projek baru sejak tiga bulan lepas tidak mendapat pekerja yang cukup berikutan tiada kuota pekerja baru yang diberi oleh kementerian berkenaan.

Beliau berkata, pekerja di bawah program 6P adalah mereka yang ketika ini digaji oleh kontraktor yang projeknya sedang dalam pembinaan.

Program 6P diperkenalkan oleh kerajaan terdiri daripada pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pendatang tanpa izin. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment