My Add

Thursday 19 January 2012

MCA Kedah senarai 70% muka baru untuk dipilih bertanding

ALOR SETAR. KHAMIS, 19 Januari, 2012: MCA Kedah menyenaraikan 70 peratus muka baru untuk dipilih bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Kita telah kemukakan calon MCA kepada pucuk pimpinan dan mereka sudah buat penilaian terhadap calon yang kita senaraikan itu. Hasil penilaian yang dibuat, 70 peratus calon adalah muka baru,” kata Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew.

Beliau berkata, MCA Kedah juga tidak meletakkan semula calon yang kalah pada PRU lepas untuk bertanding di kerusi yang sama pada PRU akan datang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment