My Add

Sunday 22 January 2012

MCA Kedah yakin rampas semula kerusi yang kalah

GURUN, AHAD, 22 Januari, 2012: MCA Kedah yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mereka kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew berkata, pihaknya yakin hasrat itu dapat dicapai dengan adanya senarai 70 peratus calon muka baru untuk dipilih bertanding pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, calon muka baru dicadang untuk diletakkan bertanding di Parlimen Padang Serai dan tiga kerusi DUN di Bakar Arang, Kota Darul Aman dan Kulim.

"Kita nak calon yang boleh menang, ikut arahan Presiden dan kita sering bagi laporan kepada Presiden dan saya tengok Presiden yakin dengan prestasi MCA Kedah, yakin boleh menang,” katanya kepada pemberita pada majlis Jamuan Terbuka Layan Diri sempena Sambutan Tahun Baru Cina anjuran DUN Gurun, di sini, semalam. – BERNAMA


No comments:

Post a Comment