My Add

Saturday 14 January 2012

Muhyiddin pertama kali adakan perjumpaan dengan JKMPKA


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menerima kunjungan ahli Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Agama (JKMPKA) di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, hari ini. Perjumpaan kali pertama yang berlangsung hampir setengah jam itu, membincangkan hal-hal berkaitan isu keagamaan. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, JUAAT, 13 Januari, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama (JKMPKA) di pejabatnya di sini.

Perjumpaan kali pertama yang berlangsung hampir setengah jam itu, antara lain membincangkan mengenai hal-hal semasa berkaitan isu keagamaan.

Antara yang hadir ialah pengerusi JKMPKA, Datuk Azman Amin Hassan serta tiga wakil Jawatankuasa Gabungan Penyelarasan Badan Bukan Kerajaan Islam (ACCIN), Datuk Ahmad Ismail, Wan Burhan Wan Ismail dan Shuib Dahaban.

Hadir sama wakil Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Dr. Thomas Philips; Daozhang Tan Hoe Chieow dan Prematilaka Kd Serinsena. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment