My Add

Wednesday 18 January 2012

Muhyiddin yakin prestasi Sabah, Sarawak kekal

SEMPORNA, RABU, 18 Januai, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan prestasi cemerlang di Sabah dan Sarawak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Timbalan Perdana Menteri berkata, status kedua-dua negeri itu sebagai simpanan tetap BN akan dapat dikekalkan melalui komitmen jitu yang diberikan oleh parti-parti komponen dan sokongan mantap rakyat.

“Kita bukan bermaksud untuk sombong atau bermegah diri tetapi ia berdasarkan kepada beberapa maklumat sahih, tinjauan dan laporan yang dibincangkan dalam mesyuarat UMNO dan BN negeri di Kota Kinabalu malam tadi.

“Tetapi BN tidak akan sesekali menjadikan situasi selesa ini sebagai penamat kepada usaha untuk membela nasib rakyat. Sebaliknya agenda itu akan terus menjadi keutamaan terpenting kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perjumpaan khas bersama penjawat awam, guru dan pemimpin masyarakat di Dewan Masyarakat Semporna di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang juga Ahli Parlimen Semporna.

Muhyiddin turut menyampaikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Agama dan Fardu Ain kepada 76 buah sekolah dengan masing- masing menerima sebanyak RM21,974, melibatkan jumlah RM1,670,065. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment