My Add

Tuesday 10 January 2012

Musa yakin rakyat Sabah bijak nilai, pilih parti seperti PRU lalu

KOTA KINABALU, SELASA, 10 Januari, 2012: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yakin rakyat Sabah bijak menilai dan membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya yang akan datang seperti yang ditunjukkan pada pilihan raya umum lepas.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, sesiapapun boleh menyertai atau menubuhkan parti yang mereka suka.

"Saya percaya rakyat Sabah cukup bijak untuk membuat pilihan apabila tiba masanya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Sabah di Kepayan, dekat sini, hari ini.

Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata demikian ketika diminta mengulas penubuhan cawangan Parti Reformasi Negeri (STAR) yang berpangkalan di Sarawak yang mana bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan menjadi pengerusinya.

Presiden STAR, Dr. Dripin Sakoi dan pengasas parti itu Dr. Patau Rubis melancarkan STAR Sabah di Dewan KDCA Jumaat lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment