My Add

Thursday 19 January 2012

PM hadiri jamuan tengah hari, ceramah ICGMM



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra bersama wakil delegasi asing selepas majlis makan tengah hari sempana Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM2012) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Effendy Rashid



KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 Januari, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menghadiri majlis makan tengah hari dan ceramah oleh bekas Pengarah Risikan Negara Amerika Syarikat, Laksamana (B) Dennis C Blair pada Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global (ICGMM) di sini.

Blair, dalam ceramah yang dikendalikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku moderator, berkata golongan yang memperjuangkan kesederhanaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengkritik golongan radikal yang secara sah menyuarakan kemarahan pihak yang ditindas.

"Golongan berpendirian sederhana tidak boleh sewenang-wenangnya menasihatkan mereka untuk bersikap munasabah dan menahan diri. Golongan sederhana perlu menawarkan cara alternatif yang akan membolehkan golongan yang ditindas boleh berbuat sesuatu mengenai penderitaan mereka, yakni mereka boleh mengubah keadaan mereka," katanya.

Beliau percaya golongan berpendirian sederhana boleh menawarkan cara positif kepada golongan yang ditindas dan marah untuk memperbaiki kehidupan mereka, iaitu selaras dengan prinsip kesederhanaan. 

Blair berkata, ini termasuk menghormati maruah dan kebebasan manusia, realisme dan pegangan agama yang wajar untuk diperjuangkan dan menurutnya ia selaras dengan rayuan golongan ekstremis untuk bertindak, demi komitmen menyeluruh bagi keberanian, pengorbanan dan usaha berterusan. 

"Ini amat penting kepada golongan ekstremis dari segi asas moral dan peluangnya untuk berjaya dalam membawa kehidupan lebih baik kepada golongan yang menderita," katanya. - BERNAMA 


No comments:

Post a Comment