My Add

Tuesday 17 January 2012

Najib sampaikan ucap utama ICGMM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucap utama pada Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Sedunia (ICGMM) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Effendy Rashid

KUALA LUMPUR, SELASA: 17 Januari, 2012: Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan ucap utama pada Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Sedunia (ICGMM), satu agenda bagi memupuk keamanan berasaskan kesederhanaan yang beliau sering bangkitkan di peringkat negara mahupun antarabangsa. 

Perdana Menteri mencetuskan idea bagi pergerakan seumpama itu dalam ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada September 2010 apabila beliau menyeru pemimpin dunia supaya bergerak ke arah mewujudkan "Pergerakan Moderat Global" membabitkan semua agama bagi memupuk keamanan dan pragtisme dan menolak kegiatan pelampau.
Persidangan tiga hari itu mengumpulkan 50 penceramah serta 350 peserta dari 70 negara. Ia dianjurkan oleh Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan bertemakan keamanan sejagat.
Dalam kata-kata aluan beliau dalam buku cendera hati persidangan itu, Najib berkata, masanya sudah tiba bagi golongan berpendirian sederhana dari semua negara dan semua agama mengambil langkah supaya suara mereka didengar. 

Katanya, persidangan itu bertujuan menyediakan satu landasan bagi semua pihak belajar antara satu sama lain dan memupuk persefahaman ketika dunia menghadapi pelbagai ketidaktentuan. 

"Sejarah membuktikan bahawa tamadun hebat perlu berdepan dengan perjuangan yang hebat juga. 

"Namun, pada ketika kita melalui kemajuan material, walaupun konflik dan pertembungan berlaku, ruang bagi mengadakan dialog dan sama-sama menikmati keamanan adalah lebih luas. 
"Maka, penting bagi kita untuk menyerap satu visi untuk saling mempercayai berlandaskan perbahasan berhemah dan aspirasi," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment