My Add

Monday 9 January 2012

Nasharudin nasihat Azmin jaga 'rumah tangga' sendiri

KUALA LUMPUR, ISNIN, 09  Januari, 2012: Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengingatkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali suapaya menjaga hal 'rumah tangga' sendiri.

Ini kerana kata beliau, Pas mempunyai cukup pengalaman untuk menguruskan hal dalaman parti itu sendiri.

''Kita walaupun berpakat tidaak boleh mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

''Rumah tangga Pas biarlah parti ini uruskan sendiri. Tidak ada organisasi yang tidak mempunyai masalah dan kami tidak memerlukan nasihat serta campur tangan pihak luar," kaatanya dalam satu wawancara bersama TV3 seperti yang disiarkan menerusi Buletin Utama malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi Azmin yang meminta Pas mengambil tindakan terhadap ahli parti itu yang membuat kenyataan bercanggah dengan pembangkang.

Azmin juga antara individu yang meminta Pas memecat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang menyaksikan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu dipecat kurang 24 jam selepas beliau membuat kenyataan tersebut.

Kepada persoalan sama ada perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 yang akan diadakan esok, Nasharudin berkata, ia adalah sesuatu yang tidak wajar.

Katanya, kewibawaan mahkamah harus dijaga dan tidak sepatutnya dibuat sebarang spekulasi mengenainya.

No comments:

Post a Comment